Kalau Anda tengah berkira-kira nak pilih antara kad fizikal atau kad virtual GXBank, mungkin Anda rasa keliru sebab kedua-dua kad ni nampak macam sama tapi sebenarnya ada perbezaan yang penting.
Kad fizikal dan kad virtual GXBank masing-masing ada kelebihan dan kegunaan tersendiri, dan pemilihan yang betul boleh buat urusan kewangan Anda jadi lebih mudah dan selamat.
Dengan memahami perbezaan ni, Anda boleh pilih kad yang paling sesuai dengan gaya hidup dan keperluan Anda.
Kad Fizikal vs Kad Virtual
Kalau cakap pasal kad GXBank, ada dua versi yang Anda boleh pilih Kad Fizikal dan Kad Virtual.
Kedua-dua kad ni sebenarnya ada maklumat yang sama seperti nombor kad, Kod Pengesahan Kad (CVV/CVC), dan tarikh luput. Tapi, cara penggunaan dia agak berbeza sikit.
Kad Fizikal
Anda akan terima dalam bentuk kad sebenar yang boleh digunakan untuk buat transaksi secara fizikal.
Maksudnya, Anda boleh gunakan kad ni untuk berbelanja di kedai-kedai fizikal, keluarkan wang dari mesin ATM, atau semak baki akaun Anda.
Tak kisah la kalau Anda berada dalam negara atau luar negara, selagi Anda aktifkan fungsi transaksi luar negara, kad fizikal ni memang memudahkan urusan Anda.
Kad Virtual
Adalah kad yang wujud dalam bentuk digital. Kad ni sesuai untuk transaksi dalam talian sahaja, jadi kalau Anda suka shopping online atau bayar bil secara online, kad ni memang pilihan yang tepat.
Kad Virtual ni boleh digunakan untuk transaksi online, tapi Anda tak boleh guna untuk transaksi fizikal atau keluarkan wang dari ATM.
Pilih Kad Fizikal atau Kad Virtual?
Kalau Anda nak tanya, boleh tak hanya pilih Kad Fizikal dan cancel Kad Virtual, jawapannya adalah tak boleh.
Selepas Anda buka akaun GXBank, Anda akan diberikan Kad Virtual dahulu.
Anda boleh pilih untuk hanya menggunakan Kad Virtual, tapi kalau Anda nak Kad Fizikal, Anda kena apply untuk kedua-dua kad.
Kad Fizikal dan Kad Virtual ni saling melengkapi dan memberikan fleksibiliti tambahan dalam urusan kewangan Anda.
Jadi, mana satu yang lebih sesuai untuk Anda? Kalau Anda jenis yang banyak berbelanja secara fizikal dan perlukan akses ATM, Kad Fizikal adalah pilihan yang terbaik.
Tapi kalau Anda lebih banyak buat transaksi online, Kad Virtual adalah pilihan yang sesuai.
Apa-apa pun, dua-dua kad ni memberikan kemudahan yang berbeza mengikut keperluan Anda. Anda boleh pilih mengikut cara penggunaan dan keselesaan masing-masing.