Duit floating CIMB menjadi salah satu perkara yang sering diperbincangkan oleh pelanggan CIMB.
Mungkin ramai yang ingin tahu berapa lama duit akan masuk akaun bank sebelum ia dapat digunakan sepenuhnya.
Sebelum kita teruskan, apa sebenarnya duit floating?
Apa Itu Duit Floating
Dalam konteks perbankan, duit floating merujuk kepada tempoh masa di antara satu transaksi dan pemindahan wang sebenar.
Ia berlaku apabila wang dipindahkan dari satu akaun ke akaun yang lain, seperti dari akaun gaji ke akaun peribadi, atau melalui pemindahan duit antara bank yang berbeza.
Apabila anda melakukan pemindahan wang ke akaun CIMB anda dari akaun bank lain, terdapat tempoh masa tertentu di mana duit anda akan masuk akaun.
Biasanya, duit floating ini boleh berlaku dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja, bergantung kepada proses pemindahan antara bank-bank yang berbeza.
Tempoh Floating
Bagaimana tempoh floating ini dikira?
Hari Pemindahan | Masa Pemindahan | IBG | Pemindahan Segera |
---|---|---|---|
Isnin - Jumaat | Sebelum 5:00 pagi | Sebelum 11:00 pagi | Segera |
Isnin - Jumaat | 5:01 pagi - 8:00 pagi | Sebelum 2:00 petang | Segera |
Isnin - Jumaat | 8:01 pagi - 11:00 pagi | Sebelum 2:00 petang | Segera |
Isnin - Jumaat | 11:01 pagi - 2:00 petang | Sebelum 8:20 malam | Segera |
Isnin - Jumaat | 2:01 petang - 5:00 petang | Sebelum 11:00 malam | Segera |
Isnin - Jumaat | Selepas 5:00 petang | Sebelum 11:00 pagi, hari perniagaan berikutnya | Segera |
Sabtu, Ahad, Cuti Umum Wilayah Persekutuan | Pada bila-bila masa sahaja | Sebelum 11:00 pagi, hari perniagaan berikutnya | Segera |
Namun, perlu diingat bahawa tempoh ini adalah purata dan ia mungkin berbeza bergantung kepada keadaan dan bank yang berbeza.
Contoh Kes 1
Untuk transaksi InterBank Giro yang dilakukan melalui CIMB Clicks, jika transaksi dilakukan pada hari Isnin – Jumaat sebelum jam 5 petang, wang akan dikreditkan ke akaun penerima pada jam 11 malam pada hari yang sama.
Untuk transaksi yang dilakukan pada hari sabtu, ahad dan hari cuti wilayah, transaksi hanya akan diproses pada hari bekerja berikutnya dan dikreditkan ke akaun penerima pada jam 11 pagi.
Berikut kami berikan lagi contoh IBG transfer CIMB to Maybank agar Anda faham.
Contoh Kes 2
Saya ada transfer duit ke akaun saya tapi duit dalam akuan saya tiada bukti transfer ada reference no, bagaimana jalan penyelesainnya?
Jika Anda merupakan penerima bagi transaksi pindahan dan masih tidak menerima pengkreditan ke dalam akaun bank Anda, pihak bank akan hargai jika Anda meminta pihak penghantar berurusan terus dengan bank penghantar bagi melakukan semakan status transaksi pindahan tersebut.
Walaupun tempoh floating CIMB mungkin agak mengganggu bagi sesetengah orang, ia sebenarnya adalah proses biasa dalam sistem perbankan.
Proses ini memberikan masa kepada bank untuk memproses pemindahan wang dan memastikan keselamatan dan kesahihan transaksi.
Ia juga membolehkan bank menyelesaikan urusan dalaman mereka sebelum duit sampai ke akaun penerima.
Hubungi CIMB
Sekiranya Anda mempunyai masalah lain, Anda boleh hubungi CIMB untuk dapatkan bantuan.
Pusat Panggilan Pengguna
Beroperasi 24 jam 60362047788
Pusat Panggilan Preferred
Beroperasi 24 jam
1300885300 (Tempatan)
60322956888 (Luar Negara)
Pusat Panggilan Kad Kredit Premier
Beroperasi 24 jam 60362047799
Pusat Panggilan Perniagaan
Isnin hingga Jumaat dari 8.00 pagi hingga 7.00 petang
Sabtu dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang (tidak termasuk cuti umum)
1300888828 (Tempatan)
60322973000 (Luar Negara)