Pada asasnya, setiap pelanggan insurans mesti mempunyai dokumen yang dikenali sebagai polisi. Polisi adalah bukti penyertaan seseorang dalam perkhidmatan insurans yang dimiliki oleh syarikat insurans.
Polisi insurans ialah kontrak antara syarikat insurans dan pemegang polisi di mana syarikat insurans mempunyai kewajipan untuk memberikan wang yang telah ditetapkan kepada orang orang tersebut sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya semasa tempoh kontrak.
Berikut kami kongsikan cara nak batalkan insurans Etiqa Maybank secara online atau offline.

Syarat Batalkan Insurans Etiqa Maybank
Sebelum Anda membuat permohonan nak batalkan insurans Etiqa Maybank, Anda mestilah mengetahui syarat dan terma berikut ini:
- Sebarang permohonan Penamatan/ Pembatalan/ Penyerahan/ Pengeluaran sebahagian mesti dibuat melalui dan disahkan oleh Pemegang Kontrak Induk.
- Proses Penamatan/ Pembatalan/ Penyerahan/ Pengeluaran Sebahagian akan berdasarkan kepada tarikh permohonan seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan ini.
- Sebarang bayaran yang diterima selepas tarikh permohonan untuk Penamatan/ Pembatalan/ Penyerahan akan dikembalikan sepenuhnya kepada Majikan/ Syarikat/ Pemegang Kontrak Induk/ Peserta Utama/ Pekerja.
- Untuk Pengeluaran Sebahagian daripada Akaun Pelaburan Peserta, terma-terma dan syarat-syarat adalah seperti yang tertakluk di dalam polisi induk.
- Etiqa Family Takaful Berhad menghargai hak data peribadi Anda dan komited untuk mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Sila rujuk kepada Notis Privasi Maybank yang boleh didapati di www.etiqa.com.my atau di cawangan-cawangan Maybank.
- Salinan Kad Pengenalan Baru hendaklah disertakan sekiranya ia tidak dikemukakan sebelum ini.
Cara Batalkan Insurans Etiqa Maybank
Ada 2 untuk cancel insurans Etiqa yang boleh Anda cuba. Pertama sekali, Anda perlu hubungi perkhidmatan pelanggan Etiqa di 1300 13 8888 atau 1300 88 6688 dan nyatakan niat Anda untuk membatalkan etiqa insurans Anda.
Setelah mendapatkan maklumat yang diperlukan, seterusnya sila ikuti langkah berikut:
Cara Batal Insurans Etiqa Maybank Melalui Online
Cara praktikal yang sering dilakukan banyak orang untuk membuat permohonan penamatan polisi insurans Etiqa iaitu melalui online.
- Download borang permohonan pembatalan insurans Etiqa Maybank.
- Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
- Setelah itu hantar borang PDF tersebut melalui email ke alamat info@etiqa.com.my atau etiqahealthcare@etiqa.com.my
- Atau Anda boleh hantar borang tersebut melalui live chat Etiqa.
- Dalam masa 3-4 hari, Anda akan menerima berita pembatalan polis.
Cara Batal Insurans Etiqa Maybank di Kaunter
Sekiranya Anda tidak ingin membuat pembatalan melalui email, Anda boleh cuba hantar surat rasmi kepada Etiqa General Takaful Berhad. Dalam surat rasmi tersebut, Anda mesti menyatakan niat atau hasrat Anda.
Sila kongsikan maklumat berikut:
- Nombor polisi insurans.
- Tujuan pembatalan polisi.
- Lampiran imej (screenshot) pemotongan/bayaran insurans berkenaan.
Anda juga boleh meminta bayaran balik dalam surat mengikut apa yang telah dijelaskan kepada Anda oleh wakil khidmat pelanggan.
Kami nasihatkan Anda untuk menghantar surat menggunakan pos berdaftar kerana Anda akan diberikan resit oleh pejabat pos untuk surat yang Anda hantar contoh PosLaju. Surat rasmi hendaklah di hantar kepada:
Etiqa General Insurance Berhad
Level 19, Tower C, Dataran Maybank,
No. 1, Jalan Maarof,
59000 Kuala Lumpur.
Sekiranya Anda perlu contoh surat tersebut, sila download disini.
Pastikan Pembatalan di Proses
Setelah Anda menghantar surat rasmi atau email pembatalan insurans tersebut, kami nasihatkan Anda untuk segera menghubungi customer service Etiqa untuk proses pengesahan dan syarikat akan memperakui permintaan pembatalan Anda.
Jika Anda tidak menerima sebarang pengakuan untuk pembatalan Anda dalam masa 5 hari bekerja, Anda mesti kena pergi ke cawangan Etiqa terdekat untuk bertanya lebih lanjut tentang status pembatalan Anda.
Pastikan Anda membawa bersama resit bukti Anda menghantar surat rasmi dan screenshoot email dengan Anda apabila Anda masuk untuk bertanya.
Apabila Anda menerima bayaran balik atau nilai serahan, Etiqa akan mula memprosesnya dan cek akan dihantar kepada Anda melalui pos biasa dalam masa 30 hari akan datang.
Itu sahaja perkongsian mengenai cara cancel insurance Etiqa Maybank, semoga bermanfaat.