Bantuan Musim Tengkujuh
Bantuan Musim Tengkujuh

Semakan Bantuan Musim Tengkujuh BMT RISDA Online

Posted on

Kalau Anda penoreh getah atau pekebun kecik yang tengah mencari cara nak mohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA dari Kerajaan Malaysia, jangan risau, sebab kami dah sedia nak bagi Anda panduan yang ringkas tapi padat.

BMT ni bukan main penting, sebab dia boleh tolong Anda atasi masalah kewangan waktu musim tengkujuh.

Jangan terkejar-kejar, kami akan bagitahu Anda langkah-langkah cara mohon BMT dan semakan bantuan musim tengkujuh RISDA dengan senang.

Berbaloi-baloi tau, sebab tahun ni, bantuan ni dah naik jadi RM 800. Jadi, teruskan bacaan Anda untuk tahu apa yang perlu Anda buat untuk dapatkan bantuan ni.

Bantuan Musim Tengkujuh
Bantuan Musim Tengkujuh

Apa Itu Bantuan Muslim Tengkujuh (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang berkelayakan dalam menghadapi beban kewangan semasa musim tengkujuh.

Program ini memberikan bantuan kewangan kepada individu yang memenuhi syarat-syarat tertentu, dan pada tahun ini, jumlah bantuan dan tempoh bayaran telah ditingkatkan daripada RM 600 kepada RM 800.

Berikut adalah butiran penting mengenai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang perlu anda ketahui:

Kelayakan

Untuk layak menerima bantuan BMT, terdapat beberapa syarat asas yang perlu dipatuhi:

Setiap lot hanya akan diberi bantuan kepada SEORANG PENERIMA SAHAJA, sama ada pekebun kecil atau penoreh.

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  • Warganegara Malaysia.
  • Terdaftar dengan RISDA.
  • Memiliki keluasan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar.
  • Memiliki tanah dengan status pemilikan yang sah.
  • Setiap lot tanah hanya dapat diterima oleh seorang pemilik/penama sahaja.

Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)

  • Warganegara Malaysia.
  • Terdaftar dengan RISDA.
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
  • Setiap lot tanah hanya dapat diterima oleh seorang penoreh/penama sahaja.
  • Memiliki Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah pada masa permohonan.

Dokumen yang Diperlukan

Untuk memudahkan permohonan anda, pastikan anda mempunyai dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:

Pekebun Kecil yang bukan di bawah mana-mana Agensi

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Geran asal tanah dan salinan.
  • Salinan buku akaun bank yang masih aktif.

Penoreh Bukan Pemilik

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah.
  • Salinan geran lot yang ditoreh.
  • Salinan buku akaun bank yang masih aktif.
  • Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G.
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah.

Pekebun Kecil di bawah Agensi

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau dokumen hakmilik tanah yang sah).
  • Salinan buku akaun bank yang masih aktif.
  • Surat pengesahan daripada Agensi.
  • Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G (Wajib bagi permohonan di bawah Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan JAKOA sahaja).

Cara Daftar Bantuan Musim Tengkujuh Online

Nak tau tak camne nak daftar Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)? Kalau Anda pekebun kecik atau penoreh getah yang berdaftar dengan RISDA, kami bagitau ni caranya.

Ikuti sahaja langkah-langkah berikut:

  • Permohonan boleh dilakukan melalui Portal Pekebun Kecil RISDA.
  • Pekebun Kecil boleh membuat permohonan di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan.
  • Penoreh hanya boleh membuat permohonan di Pejabat RISDA yang berdekatan dengan kebun yang ditoreh.

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk daftar Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) secara online:

  1. Bagi Anda baharu, klik butang Daftar Anda di laman utama Portal Pekebun Kecil RISDA
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda untuk semakan peribadi.
  3. Klik butang Carian untuk meneruskan.
  4. Jika Anda telah berdaftar, sistem akan memaparkan skrin notifikasi yang memberitahu bahawa No KP telah digunakan.
  5. Jika nombor kad pengenalan ada rekod dalam Sistem Statistik Pekebun Kecil RISDA, sistem akan memaparkan skrin halaman Borang Pendaftaran Anda.
  6. Anda akan dikategorikan sebagai Pekebun Kecil Getah, dan maklumat nama serta nombor kad pengenalan akan dipaparkan. Permohoan
  7. Anda perlu melengkapkan butiran-butiran berikut bagi melengkapkan proses pendaftaran Anda baru: Alamat E-mel Anda yang aktif, Nombor Telefon (Rumah), Nombor Telefon (Bimbit)
  8. Jika nombor kad pengenalan Anda tidak ada rekod dalam Sistem Statistik Pekebun Kecil RISDA, sistem akan memaparkan skrin halaman Borang Pendaftaran Anda.
  9. Maklumat Anda yang akan dipaparkan adalah nombor kad pengenalan sahaja. Borang
  10. Anda perlu melengkapkan butiran-butiran berikut bagi melengkapkan proses pendaftaran Anda baru: Kategori Anda dengan pilihan sebagai Pekebun Kecil Getah (pekebun kecil yang memiliki lot tanaman getah), Nama Penuh Anda mengikut kad pengenalan, Alamat E-mel Anda yang aktif, Nombor Telefon (Rumah), Nombor Telefon (Bimbit)
  11. Tandakan perakuan pendaftaran Anda pada kotak yang disediakan.
  12. Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses pendaftaran.
  13. Apabila pendaftaran berjaya, skrin akan memaparkan mesej yang memberitahu bahawa pendaftaran telah berjaya.
  14. Klik butang OK untuk melengkapkan proses.
  15. Anda akan menerima e-mel pengesahan melalui alamat e-mel yang telah didaftarkan. E-mel ini akan memaparkan kata laluan untuk log masuk ke Portal.
  16. Anda perlu melengkapkan proses pendaftaran dengan mengklik butang Sahkan E-mel.

Cara Login Portal RISDA

Berikut adalah langkah-langkah untuk login Portal Bantuan RISDA.

  1. Anda perlu masuk ke laman utama Portal Pekebun Kecil RISDA di alamat web https://pekebunkecil.risda.gov.my/.
  2. Di laman utama portal, cari dan klik butang Log Masuk untuk mendapatkan paparan log masuk ke Portal Pekebun Kecil RISDA.
  3. Anda dikehendaki memasukkan butiran ID Anda, iaitu No Kad Pengenalan.
  4. Kemudian, masukkan kata laluan anda yang terdiri daripada nombor 4 digit terakhir nombor kad pengenalan.
  5. Jika Anda ingin memudahkan proses log masuk pada masa akan datang tanpa perlu mengisi semula ID Anda dan Kata Laluan, Anda boleh menanda pilihan Ingat Saya.
  6. Setelah memasukkan butiran yang diperlukan, klik butang Login untuk memulakan proses log masuk ke Portal Pekebun Kecil RISDA.
  7. Jika proses log masuk tidak berjaya atas sebab-sebab tertentu, sistem akan mengarahkan Anda semula ke skrin halaman log masuk.
  8. Anda boleh mencuba proses log masuk semula dengan memasukkan butiran yang betul.

Itulah langkah-langkah untuk log masuk ke Portal Bantuan RISDA. Dengan langkah-langkah ini, Anda boleh akses maklumat dan kemudahan yang disediakan oleh portal tersebut dengan lebih mudah dan cepat.

Jangan lupa untuk menjaga kerahsiaan kata laluan anda dan log masuk dengan selamat.

Kemaskini RISDA

Anda perlu melengkapkan maklumat profil peribadi Anda sebelum boleh membuat permohonan bantuan di Portal Pekebun Kecil RISDA.

Maklumat Profil Anda

Untuk kemaskini maklumat profil Anda RISDA di Portal Pekebun Kecil RISDA, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk ke Portal Pekebun Kecil RISDA dan pergi ke halaman papan pemuka (Dashboard).
  2. Klik pada pautan Profil Anda untuk mengakses maklumat profil peribadi Anda.
  3. Lengkapkan butiran maklumat peribadi yang diperlukan seperti yang dipaparkan di halaman tersebut. Klik butang Seterusnya.
  4. Lengkapkan butiran alamat kediaman yang diperlukan seperti yang dipaparkan di halaman tersebut. Klik butang Seterusnya.
  5. Lengkapkan butiran maklumat pekebun yang diperlukan seperti yang dipaparkan di halaman tersebut. Klik butang Seterusnya.
  6. Lengkapkan butiran maklumat sosioekonomi yang diperlukan seperti yang dipaparkan di halaman tersebut. Klik butang Seterusnya.
  7. Lengkapkan butiran maklumat pemilikan harta yang diperlukan seperti yang dipaparkan di halaman tersebut. Klik butang Seterusnya.
  8. Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses pengemaskinian Profil Anda.
  9. Skrin akan memaparkan halaman Profil Pekebun yang telah lengkap diisi mengikut kategori.
  10. Status pengemaskinian/daftar baru maklumat akan dipaparkan di bahagian Status.

Nota:

  • Status Dalam Proses Pengesahan: Maklumat Profil Pekebun sedang dalam proses pengesahan oleh Pejabat RISDA di mana tanah pekebun itu berada.
  • Status Telah Disahkan: Maklumat Profil Pekebun telah disahkan oleh Pejabat RISDA di mana tanah pekebun itu berada.

Untuk mengemaskini maklumat milikan tanah Anda, klik butang Kemaskini Profil Tanah di halaman seterusnya. Dengan mengemaskini profil Anda, Anda dapat memastikan maklumat anda sentiasa terkini dan sah

Lepas tu Anda perlu kemaskini Maklumat Profil Tanah sebelum boleh membuat permohonan bantuan muslim tengkujuh (BMT).

Permohoan Bantuan RISDA Online

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) di Portal Pekebun Kecil RISDA:

  1. Log masuk ke Portal Pekebun Kecil RISDA.
  2. Klik pada Mohon Bantuan BMT di halaman papan pemuka (Dashboard) untuk membuat permohonan BMT.
  3. Skrin akan memaparkan halaman Maklumat Pemohon.
  4. Lengkapkan butiran maklumat pemohon yang diperlukan seperti yang dipaparkan di halaman tersebut. Klik butang Seterusnya untuk ke halaman berikutnya.
  5. Pilih satu lot tanah untuk membuat permohonan BMT dengan mengklik butang Mohon. Klik butang Seterusnya.
  6. Lengkapkan maklumat akaun penerima bagi tujuan pembayaran bantuan. Klik butang Seterusnya.
  7. Muat naik dokumen yang diperlukan dalam format PDF. Klik butang Seterusnya.
  8. Skrin akan memaparkan halaman Pengesahan bagi tujuan semakan dan pengesahan maklumat permohonan sebelum dihantar.
  9. Jika maklumat permohonan adalah benar, tandakan kotak perakuan permohonan. Klik butang Hantar untuk menghantar permohonan.
  10. Permohonan berjaya dihantar dan akan diproses.

Sekarang, Anda dah tahu langkah-langkahnya, jadi jangan terlepas peluang untuk mohon BMT secara online melalui Portal Pekebun Kecil RISDA.

Semoga bantuan ini dapat memberi manfaat kepada pekebun kecil dan penoreh getah di Malaysia.

Semakan Permohonan Bantuan RISDA Online

Berikut adalah langkah-langkah untuk semak status permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) di Portal Pekebun Kecil RISDA:

  1. Log masuk ke Portal Pekebun Kecil RISDA.
  2. Klik pada pautan Profil BMT.
  3. Ringkasan maklumat permohonan BMT yang telah dibuat oleh pemohon akan dipaparkan di halaman Profil BMT. Semak
  4. Selesai.

Nota: Status permohonan, sama ada Dalam Proses Pengesahan (dalam proses semakan dan kelulusan oleh Pejabat RISDA) atau Lulus / Gagal (keputusan permohonan BMT yang dimohon), akan dipaparkan di bahagian Status.

Semakan Status Permohonan BMT Online

Selain cara diatas, Anda juga boleh membuat semakan dengan langkah berikut:

  1. Masuk ke laman web https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus
  2. Di laman semakan status, masukkan nombor kad pengenalan anda pada ruang yang disediakan.
  3. Selepas memasukkan nombor kad pengenalan, klik butang Hantar untuk menghantar permintaan semakan status.

Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, Anda dapat dengan mudah semak status permohonan BMT RISDA secara dalam talian.

Pastikan nombor kad pengenalan yang dimasukkan adalah betul sebelum menghantar permintaan

Reset Kata Laluan Portal RISDA

Jika Anda terlupa kata laluan atau ingin menetapkan semula kata laluan di Portal Pekebun Kecil RISDA, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Sekiranya Anda terlupa kata laluan, klik pada pautan Lupa Kata Laluan yang disediakan.
  2. Anda akan diminta untuk memasukkan semula alamat e-mel yang aktif yang telah didaftarkan di portal.
  3. E-mel pengesahan bagi proses penetapan semula kata laluan akan dihantar ke alamat e-mel tersebut.
  4. Selepas menerima e-mel pengesahan, klik pada pautan yang diberikan untuk menetapkan kata laluan yang baharu.
  5. Masukkan Kata Laluan Baharu yang anda inginkan.
  6. Sahkan kata laluan baru tersebut dengan memasukkannya sekali lagi.
  7. Setelah memasukkan dan mengesahkan kata laluan baru, klik butang Kemaskini Kata Laluan Saya untuk menyimpan perubahan tersebut.
  8. Proses log masuk ke Portal Pekebun Kecil RISDA boleh dilakukan semula setelah selesai proses penetapan semula kata laluan yang baru.

Dengan langkah-langkah ini, Anda boleh menetapkan semula kata laluan dengan mudah jika terlupa kata laluan atau memerlukannya yang baharu. Pastikan e-mel yang digunakan untuk proses ini adalah aktif dan sah.

Manual Pengguna

Manual pengguna RISDA adalah dokumen panduan yang disediakan oleh RISDA  untuk membantu pengguna dalam menggunakan sistem atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi tersebut.

BilPerkaraTindakan
1Manual Pengguna – Pekebun KecilMuat Turun
2Manual Pengguna – PenorehMuat Turun
3Manual Pengguna – Ahli Isi RumahMuat Turun

Sekiranya pautan muat turun error, Anda boleh dapatkan manual pengguna PDF disini.

Terdapat tiga jenis manual pengguna yang disediakan:

  • Manual Pengguna – Pekebun Kecil: Dokumen ini adalah panduan yang khusus ditujukan kepada pekebun kecil yang ingin menggunakan sistem atau perkhidmatan yang disediakan oleh RISDA.
  • Manual Pengguna – Penoreh: Manual ini dikhaskan untuk penoreh getah yang berkaitan dengan RISDA.
  • Manual Pengguna – Ahli Isi Rumah: Manual ini merangkumi panduan untuk ahli isi rumah yang menerima manfaat atau bantuan dari RISDA, seperti Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) atau program bantuan lainnya.

Anda boleh memuat turun manual pengguna yang sesuai dengan peranan atau kategori Anda, untuk mendapatkan panduan yang lebih terperinci tentang cara menggunakan perkhidmatan atau sistem yang disediakan oleh RISDA.

Manual pengguna ini bertujuan untuk memudahkan pengguna dalam memahami dan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi tersebut.