Cara Mohon Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri MAIWP 2024

Posted on

Setiap tahun, khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai rakyat Malaysia yang berdepan dengan cabaran kewangan yang serius. Bagi sesetengah individu, kekurangan wang menyebabkan mereka tidak mampu menyediakan keperluan asas untuk menyambut Hari Raya dengan gembira.

Perbelanjaan untuk makanan, pakaian baru, serta persediaan bagi lawatan ke kampung halaman sering menjadi beban yang sukar ditanggung. Malah, bagi sesetengah keluarga yang mempunyai masalah kewangan yang lebih serius seperti pengangguran, sakit kronik, atau bercerai, sambutan Hari Raya sering kali menjadi satu cabaran yang menyakitkan.

Untuk membantu meringankan beban mereka dan membolehkan mereka menyambut Hari Raya dengan lebih gembira, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menawarkan Bantuan Hari Raya Aidilfitri.

Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri MAIWP
Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri MAIWP

1. Bantuan Kewangan Bulanan

Bantuan ini diberikan kepada mereka yang layak menerima bantuan kewangan bulanan untuk membantu asnaf menyambut Hari Raya. Bantuan disalurkan dalam bentuk wang tunai melalui akaun bank penerima.

2. Syarat Kelayakan

Untuk memohon bantuan ini, terdapat beberapa syarat umum yang perlu dipatuhi:

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah).

3. Dokumen Yang Diperlukan

Apabila ingin memohon bantuan ini, pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut:

  1. Borang Permohonan.
  2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan).
  3. Salinan kad pengenalan:
    • Pemohon.
    • Suami.
    • Isteri.
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara.
    • Lain-lain tanggungan jika tanggungan bukan anak kandung (Perlu disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. Contoh Surat Akuan Pengesahan Pendapatan
  4. Salinan penyata gaji / pencen / PERKESO. Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan
  5. Salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini.
  6. Salinan surat perakuan nikah /akuan sumpah bagi kes kehilangan sijil nikah.
  7. Salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami.

4. Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan

Sekiranya permohonan berkaitan dengan situasi berikut, dokumen tambahan mungkin diperlukan:

  • Keluarga bercerai: Salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
  • Ahli keluarga telah meninggal dunia: Salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
  • Saudara baru: Salinan kad memeluk Islam.
  • Orang Kelainan Upaya: Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
  • Pengidap sakit kronik: Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
  • Sedang mengikuti pengajian di IPT: Salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.
  • Keluarga bermasalah: Salinan laporan polis/ surat penjara.
  • Muflis: Salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

5. Cara Menghantar Permohonan

Borang permohonan yang telah lengkap diisi serta disertakan dengan dokumen yang diperlukan boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP.

Dengan adanya Bantuan Hari Raya Aidilfitri ini, diharap dapat membantu masyarakat yang memerlukan untuk menyambut Hari Raya dengan lebih ceria dan meriah.