Cara Apply Credit Card Maybank
Cara Apply Credit Card Maybank

Cara Apply Credit Card Maybank Online dan Walk-in

Posted on

Bagi Anda yang ingin memohon kad kredit Maybank perlu tahu bahawa membuat kad kredit Maybank tu mudah sangat.

Cukuplah dengan melengkapkan beberapa syarat dan meluangkan masa untuk mengambil langkah-langkah yang perlu, kad kredit yang mempunyai banyak manfaat ini boleh berada di tangan Anda.

Salah satu sebab kad kredit Maybank banyak digunakan oleh orang ramai adalah kerana kad kredit Maybank memberikan banyak kelebihan. Contohnya, promosi menarik daripada pelbagai peniaga dalam talian dan ciri pengeluaran tunai yang sangat memudahkan pelanggan.

Cara apply credit card Maybank sangat mudah. Selain melawat bank secara terus, Anda juga boleh memohon kad kredit Maybank secara online melalui laman web Maybank2u.

Berikut kami kongsikan cara mohon kad kredit Maybank secara online dan walk-in.

Cara Apply Credit Card Maybank
Cara Apply Credit Card Maybank

Syarat Mohon Kad Kredit Maybank

Pemohon mestilah berusia 21 tahun ke atas untuk melayakkannya menjadi Ahli Kad Utama, dan berusia 18 tahun ke atas untuk menjadi Ahli Kad Tambahan. Had umur untuk
pemohon adalah 65 tahun.

  • Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang) atau pasport, termasuk pemohon tambahan
  • Borang BE terkini serta resit cukai rasmi atau
  • Penyata gaji 3 bulan terkini atau
  • Penyata KWSP terkini
  • Transaksi akaun simpanan / penyata akaun semasa 6 bulan terkini
  • Untuk yang Bekerja Sendiri – salinan Pendaftaran Perniagaan dan penyata bank bulan terakhir
  • Untuk Pekerja Asing – Surat daripada majikan mengesahkan tempoh kontrak pekerjaan di Malaysia. Pemohon mestilah merupakan pemegang akaun Maybank
  • Untuk Graduan – Salinan Ijazah / Kelayakan Professional dan surat tawaran kerja atau penyata gaji 3 bulan

Jenis Kad Kredit Maybank

Berikut adalah jenis kad kredit Maybank yang boleh Anda mohon.

  • Maybank Visa Infinite dengan Pendapatan Tahunan Minimum RM100,000
  • Maybank Manchester United Visa Card dengan Pendapatan Tahunan Minimum RM100,000
  • Maybank Manchester United Visa Infinite dengan Pendapatan Tahunan Minimum RM100,000
  • Maybank Visa Signature dengan Pendapatan Tahunan Minimum RM70,000
  • Maybank Islamic PETRONAS Ikhwan Visa Platinum Card-i dengan Pendapatan Tahunan Minimum RM60,000
  • PETRONAS Maybank Visa Platinum dengan Pendapatan Tahunan Minimum RM60,000
  • Maybank FC Barcelona Visa Signature dengan Pendapatan Tahunan Minimum RM48,000
  • Maybank Islamic PETRONAS Ikhwan Visa Gold Card-i dengan Pendapatan Tahunan Minimum RM30,000
  • PETRONAS Maybank Visa Gold dengan Pendapatan Tahunan Minimum RM30,000

Cara Apply Credit Card Maybank Online

Anda boleh mendaftar kad kredit secara terus melalui Maybank2u, sila ikuti langkah berikut.

Cara mohon kad kredit Maybank untuk pengguna Mayban2ku.

  1. Log masuk https://www.maybank2u.com.my
  2. Click Apply pada bahagian kanan atas dan pilih Cards
  3. Pilih kad kredit yang Anda inginkan
  4. Isi butiran peribadi
  5. Semak dan sahkan butiran peribadi Anda, klik Confirm
  6. Muat naik dokumen Anda dalam masa 3 hari (di bawah 4 MB)
  7. Terima status permohonan dalam tempoh 1-3 hari bekerja

Cara mohon kad kredit Maybank untuk yang tidak mempunyai Maybank2u

  1. Lawati pautan https://www.maybank2u.com.my
  2. Scroll pada bahagian bawah, klik Maybank Cards
  3. Pilih kad kredit yang Anda inginkan, klik pada bahagian Discover untuk melihat detail maklumat
  4. Isikan butiran peribadi Anda
  5. Check dan sahkan butiran peribadi Anda, klik Confirm
  6. Upload dokumen Anda dalam masa 3 hari (di bawah 4 MB)
  7. Terima status permohonan dalam tempoh 1-3 hari bekerja

Selain melalui online, permohonan kad kredit boleh dilakukan menerusi saluran berikut:

  1. Permohonan menerusi emel dengan penghantaran borang terus ke alamat emel Maybank:
    mbbcardservices@maybank.com.my
  2. Bahagian jualan (telesales) Maybank di mana anda akan dihubungi bagi proses permohonan melalui panggilan telefon.
  3. Permohonan secara faks: Borang permohonan boleh dihantar melalui talian faks 0379538640.
  4. Melalui cawangan Maybank berhampiran: Pengisian borang secara manual.

Borang Apply Credit Card Maybank

Sila muat turun borang permohonan kad kredit Maybank pada pautan download, selepas itu isikan maklumat peribadi Anda.

Pastikan Anda mengisi borang tersebut dengan betul untuk mempermudah proses membuat kad kredit Maybank di cawangan Maybank.

Anda mempunyai pilihan untuk penerimaan kad di alamat seperti yang Anda nyatakan dalam permohonan atau menerima kad di kaunter cawangan.

Anda boleh membuat penghantaran borang permohonan terlebih dahulu di mana permohonan akan diproses dalam tempoh 3 sehingga 10 hari bekerja.

Walau bagaimanapun, kelayakan permohonan Anda adalah tertakluk kepada penilaian kredit Anda di institusi kewangan.