Cara Dapatkan Penyata Alliance Bank Statement Online

Posted on

Anda mungkin terbiasa dengan menerima penyata akaun bank dalam bentuk fizikal yang dikirim melalui pos setiap bulan.

Namun, dengan kemajuan teknologi, kini sudah ada pilihan untuk menerima penyata akaun dalam bentuk elektronik, atau lebih dikenali sebagai e-statement.

Alliance Bank Malaysia adalah salah satu daripada beberapa bank di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan e-statement kepada pelanggannya.

Apa yang istimewa tentang perkhidmatan online ni adalah ia memberikan banyak manfaat kepada pengguna.

Salah satu manfaat utama penggunaan e-statement adalah ia membantu mengurangkan penggunaan kertas

Dalam era digital ini, kebanyakan orang menyedari kepentingan pelestarian alam sekitar dan berusaha untuk mengurangkan penggunaan kertas.

Dengan e-statement, pengguna boleh mengurangkan jumlah kertas yang digunakan untuk mencetak penyata akaun setiap bulan.

e-statement juga memberikan kelebihan dalam segi keselamatan. Ia membantu mengurangkan risiko kehilangan atau pencurian penyata bank fizikal.

Penyata bank elektronik selamat disimpan dalam akaun perbankan dalam talian pengguna, yang hanya boleh diakses dengan kata laluan yang sah.

So, pengguna boleh yakin bahawa maklumat akaun terpelihara dengan selamat.

Alliance Bank Statement
Alliance Bank Statement

e-Statement Alliance Bank

Bagi pengguna yang sibuk ataupun takde waktu, perkhidmtan e-statement boleh diakase secara online dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila

Ini juga memudahkan pengguna untuk semak sejarah transaksi secara berkala dan mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan pada akaun pengguna dengan cepat.

Untuk memanfaatkan perkhidmatan e-statement Alliance Bank, pengguna hanya perlu mendaftar akaun perbankan AllianceOnline dan memilih pilihan e-statement.

Pengguna juga boleh memilih untuk memuat turun dan mencetak penyata akaun sendiri jika diperlukan.

Jenis e-Statement

Berikut adalah jenis-jenis penyata akaun yang boleh didapati melalui perkhidmatan e-Statement online yang disediakan oleh Alliance Bank:

1. Penyata akaun bersatu (Consolidated Statement)

Penyata akaun bersatu merangkumi semua akaun pelanggan dalam satu penyata, termasuk akaun semasa, simpanan, dan kad kredit.

Pengguna hanya perlu memilih penyata akaun bersatu, dan akan dapat melihat keseluruhan maklumat akaun dalam satu penyata.

2. Penyata akaun Semasa/Semasa-i (Current Account Statement/Current Account-i Statement)

Penyata akaun semasa/Semasa-i merupakan penyata yang merangkumi semua transaksi kewangan yang terlibat dalam akaun semasa pengguna.

Ini termasuk deposit, pemindahan, pengeluaran dan bayaran yang dilakukan melalui akaun semasa pengguna.

3. Penyata akaun Semasa Mata Wang Asing (Foreign Currency Current Account Statement)

Penyata akaun semasa mata wang asing merangkumi transaksi kewangan dalam mata wang asing yang dilakukan melalui akaun semasa pengguna.

Ini sangat berguna bagi pengguna yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa dan memerlukan akaun mata wang asing.

4. Penyata akaun Kad Kredit (Credit Card Statement)

Penyata akaun kad kredit merangkumi semua transaksi yang dilakukan melalui kad kredit pengguna, termasuk pembelian, pembayaran, dan caj-caj yang dikenakan pada akaun kad kredit.

Penyata ini memudahkan pengguna untuk check penggunaan kad kredit dan memastikan pengguna menguruskan hutang kad kredit dengan baik.

Apabila Anda telah mendaftar perkhidmatan e-Statement dengan Alliance Bank, Anda akan diberitahu apabila penyata e-kad kredit Anda siap untuk dilihat.

Notifikasi akan dihantar kepada Anda melalui SMS sekiranya penyata e-Statement kad kredit Anda telah disediakan dan boleh diakses melalui akaun allianceonline.

Pastikan bahawa nombor telefon bimbit Anda yang diberikan semasa mendaftar perkhidmatan e-Statement adalah betul dan terkini.

Cara Dapatkan e-Statement Alliance Bank Melalui Online

Anda perlu mendaftar untuk perbankan dalam talian AllianceOnline. Belum jadi pengguna? Daftar di sini sekarang, cara daftar Alliance Online.

Sekiranya Anda telah mempunyai akaun AllianceOnline, sila ikuti step berikut:

  1. Log masuk ke AllianceOnline.
  2. Pilih e-Statement.
  3. Pilih akaun yang diingini, kemudian untuk memilih Tempoh Penyata mengikut Bulan/Tahun. Cara Dapatkan Penyata Alliance Bank
  4. Klik butang Download.
  5. Selesai.

Alliance Bank membolehkan pengguna untuk download ataupun cetak penyata akaun bulan terdahulu sehingga 12 bulan ke belakang. Selain itu, perkhidmatan e-Statement ini adalah percuma.

Untuk menyemak ataupun melihat e-Statement PDF, Anda perlu memiliki komputer, HP atau peranti yang mempunyai akses internet yang membolehkan Anda log masuk ke akaun allianceonline Anda.

Anda juga perlu mempunyai software Adobe® Acrobat® Reader 7.0 atau lebih tinggi atau pembaca dokumen serupa yang membolehkan Anda membuka fail PDF penyata akaun Anda.

Pembaca dokumen ini boleh dimuat turun secara percuma dari laman web Adobe atau laman web penyedia perisian PDF lain yang sah.