Kemudahan transaksi kini boleh didapati oleh sesiapa sahaja yang menggunakan perkhidmatan perbankan.
Bukan sahaja di Malaysia, inovasi perkhidmatan perbankan yang menggunakan kecanggihan teknologi juga digunakan di negara lain.
Kecanggihan teknologi ini salah satunya dimanfaatkan oleh Alliance Bank dalam memudahkan transaksi pelanggannya.
Melalui perkhidmatan internet banking dan aplikasi mobile banking, setiap transaksi kini boleh dilakukan di tangan Anda.
Sebelum itu, Anda sebagai pelanggan mesti tahu cara daftar Alliance Bank online banking untuk boleh menggunakan perkhidmatan ini.
Cara Daftar Alliance Bank Online Banking
Perkhidmatan perbankan internet benar-benar membantu pelanggan membuat urus niaga lebih cepat dan berkesan.
Di mana sahaja Anda berada, Anda tidak perlu beratur di mesin ATM atau di pejabat cawangan bank, semua transaksi boleh diproses melalui handphone Anda.
Walaupun begitu, pastikan Anda telah mendaftar dan mempunyai akaun dalam perkhidmatan internet banking ini.
Berikut adalah langkah-langkah bagaimana cara mendaftar internet banking Alliance Bank yang boleh Anda ikuti menggunakan ATM/Debit Card.
Syarat dan Kelayakan
Untuk daftar allianceonline, Anda kena:
- Adalah pelanggan sedia ada Alliance Bank dengan Akaun Semasa, Akaun Simpanan, Akaun Pinjaman/Pembiayaan, dan/atau Kad Kredit/Prabayar yang berusia 18 tahun ke atas.
- Untuk pemegang akaun bersama, syarat kuasa tanda tangan mestilah ditetapkan sebagai satu atau dua tanda tangan.
Syarat Pendaftaran Melalui Kad ATM/Debit
Anda kena ada:
- Nombor kad ATM/Debit 16-digit Anda.
- Nombor PIN kad ATM/Debit Anda.
- Nombor telefon bimbit terkini yang didaftarkan dengan Alliance Bank.
Syarat Pendaftaran Melalui Kad Kredit/Prabayar
Anda kena ada:
- Nombor kad Kredit/Prabayar 16-digit Anda.
- Had kredit kad Anda yang boleh diperolehi daripada penyata bulanan Anda.
- Nombor Pengenalan, Nombor Pasport, atau Kad Tentera Anda.
- Nombor telefon bimbit terkini yang didaftarkan dengan Alliance Bank.
Syarat Pendaftaran Melalui ID Sementara
Anda kena ada:
- ID Sementara yang diperolehi daripada Pusat Hubungi Alliance Bank.
- Nombor telefon bimbit terkini yang didaftarkan dengan Alliance Bank.
Langkah 1 (Mobile Phone Number Registration)
Siapkan satu nombor telefon aktif yang sering Anda gunakan. Seterusnya ikuti panduan dibawah:
- Sila pergi ke ATM Alliance bank terdekat
- Masukkan kad ATM
- Pilih bahasa English
- Masukkan PIN Anda (PRESS IF CORRECT)
- Tekan menu Other Services
- Tekan menu More Services
- Tekan menu Internet Banking Activation or Upgrade
- Masukkan nombor telefon Anda yang ingin di daftarkan (PRESS IF CORRECT)
- Selesai
Langkah 2 (Internet Banking Account Activation)
Selepas Anda berjaya mendaftarkan nombor telefon di ATM, langkah seterusnya Anda perlu aktifkan internet banking. Langkah-langkah cara aktivation internet banking boleh Anda lihat dibawah:
- Pergi ke laman AllianceOnline
- Klik First Time Registration
- Pilih ATM/Debit Card
- Masukkan 16 digit nombor ATM Anda dan PIN 6 digit
- Masukkan T-PIN yang dihantar ke nombor telefon Anda, klik submit
- Sila buat username, password, email address dan preferred name
- Masukkan secure pharse (maksimum 20 character)
- Pilih warna untuk keselamatan
- Check/centang Accept, klik butang submit
- Selesai.
Cara Daftar Alliance Online Guna Kad Kredit
Jika Anda baru pertama kali mahu mendaftar AllianceOnline untuk menggunakan kad kredit atau prepaid card dari Alliance Bank, Anda perlu memastikan nombor telefon bimbit Anda telah didaftarkan dengan Alliance Bank.
Jika nombor telefon Anda belum didaftarkan, Anda boleh pergi ke cawangan Alliance Bank terdekat untuk mendaftar nombor telefon bimbit Anda atau hubungi Pusat Hubungi Alliance Bank di nombor 03-5516 9988 untuk mendapatkan bantuan dan arahan lanjut.
Jadi, pastikan Anda sudah menyelesaikan langkah ini sebelum meneruskan proses pendaftaran kad kredit atau prepaid card Anda.
Jom, kami bagi langkah-langkah mudah cara nak daftar pertama kali untuk kad kredit atau prabayar di AllianceOnline. Ikut langkah ni, Anda akan siap dengan urusan Anda dalam sekelip mata!
- Mula-mula sekali, pergi ke laman www.allianceonline.com.my. Pilih opsyen First Time Registration.
- Dalam halaman pendaftaran, pilih sama ada Anda nak daftar untuk credit card / prepaid card.
- Isi nombor credit card / prepaid card, had kad, nombor kad pengenalan (IC), dan nombor telefon bimbit Anda. Kemudian, tekan butang Submit.
- Sebuah kod PIN Sementara (TPIN) akan dihantar ke nombor telefon bimbit Anda. Masukkan TPIN yang Anda terima.
- Sekarang, isikan maklumat akaun Anda. Anda perlu masukkan nama pengguna (username), kata laluan (password), alamat emel (email address), nama pilihan, dan ungkapan selamat yang Anda suka. Jangan lupa untuk terima syarat-syarat dan terma-terma yang diberikan.
- Selepas Anda isi maklumat semua, Anda sudah siap! Pendaftaran Anda telah selesai dan Anda boleh mula gunakan akaun AllianceOnline untuk menguruskan kad kredit atau prabayar Anda.
AllianceOnline Register Guna Temporary ID
Pastikan nombor telefon Anda dah berdaftar dengan Alliance Bank, selepas itu Anda boleh ikuti step berikut:
Maksud First Time Registration by Temporary ID adalah proses pendaftaran pertama kali bagi pengguna yang mungkin belum memiliki ID atau akaun tetap dalam sistem perbankan dalam talian Allianceonline.
Bagaimana nak dapatkan Temporary ID? Berikut adalah langkah-langkahnya:
- Hubungi Pusat Hubungi: Panggil Pusat Hubungi Alliance Bank di nombor 03-5516 9988.
- Minta Temporary ID dan T-PIN: Semasa berhubung dengan Pusat Hubungi, Anda perlu meminta ID Sementara allianceonline dan juga T-PIN (Pin Sementara).
T-PIN akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah disahkan. Ini adalah langkah awal yang perlu diambil bagi membolehkan Anda memulakan proses pendaftaran.
Jom, kami bagi langkah-langkah mudah cara nak daftar pertama kali menggunakan ID Sementara (Temporary ID) di AllianceOnline. Ikut langkah ni, Anda akan siap dengan urusan dalam sekelip mata!
- Mula-mula sekali, pergi ke laman www.allianceonline.com.my. Pilih opsyen First Time Registration.
- Dalam halaman pendaftaran, pilih opsyen untuk mendaftar dengan menggunakan ID Sementara.
- Isi ID Sementara (Temporary ID) dan T-PIN. ID Sementara boleh diperolehi dengan menelefon Pusat Hubungi Alliance Bank.
- Anda perlu masukkan nama pengguna (username), kata laluan (password), alamat emel (email address), nama pilihan, dan ungkapan selamat yang Anda suka. Jangan lupa untuk terima syarat-syarat dan terma-terma yang diberikan.
- Pendaftaran Anda telah selesai.
Berjaya mendaftar internet banking Alliance Bank? Sila cuba cara semak baki akaun Alliance bank online
Cara Aktifkan Allianceonline Mobile
AllianceOnline Mobile Banking ni macam alat ajaib yang boleh buat urusan perbankan dalam talian pakai telefon pintar Anda. Jadi, tak payah Anda pening-pening nak pergi ke bank fizikal atau duduk depan komputer lama-lama.
Anda boleh guna AllianceOnline Mobile Banking ni untuk buat pelbagai benda best:
- Semak Baki Akaun: Nak tahu berapa banyak duit dalam akaun Anda? Tak payah pergi kaunter bank, buka je aplikasi ni, semua maklumat ada di hujung jari.
- Bayar Bil: Dalam aplikasi ni, Anda boleh bayar bil elektrik, air, telefon, internet, dan macam-macam lagi.
- Pindah Wang: Kalau Anda nak transfer duit ke akaun lain, atau kepada rakan-rakan, semua boleh dilakukan dengan beberapa sentuhan di skrin telefon.
- Semak Urus Niaga: Anda boleh tengok sejarah urus niaga Anda untuk pastikan segala benda berjalan lancar.
- Top Up Prabayar: Nak tambah nilai telefon prabayar? Boleh juga buat dalam aplikasi ni.
- Bayar Pinjaman: Jika Anda ada pinjaman atau kad kredit, Anda boleh bayar ansuran atau baki.
AllianceOnline Mobile Banking ni sangat selamat. Dengan pengesahan dua faktor seperti Mobile Secure Approval (MSA), Anda boleh tidur lena tahu akaun Anda selamat.
Jadi, kalau Anda nak buat urusan perbankan dengan senang dan pantas, boleh la guna aplikasi ni.
Muat turun app Allianceonline mobile melalui pautan diatas.
Activate Allianceonline Mobile First Time User
Sekiranya Anda baru pertama kali menggunakan Allianceonline, Anda boleh follow step ni:
- Bagi pengguna baru ke AllianceOnline, pasang aplikasi Mobile Banking AllianceOnline pada peranti Anda untuk mendaftar akses dalam talian.
- Buka aplikasi Mobile AllianceOnline dan pilih opsyen Log Masuk/Aktifkan.
- Masukkan nombor MyKad atau Pasport untuk meneruskan.
- Isi maklumat pendaftaran dengan memasukkan nombor Debit/Kad Kredit, dan PIN ATM. Selepas selesai, klik Seterusnya.
- Isi butiran peribadi seperti nama pengguna pilihan dan kata laluan. Kemudian, klik Seterusnya.
- Isi ungkapan selamat pilihan dan pilih warna ungkapan selamat. Kemudian, klik Aktifkan Sekarang.
- Pilih dan tetapkan akaun harian pilihan Anda, kemudian klik Sahkan.
- Atur pengesahan sidik jari dengan memilih Bukan Sekarang atau Aktifkan untuk meneruskan.
- Atur token keselamatan dengan mengesahkan 4 digit terakhir nombor telefon bimbit Anda. Kemudian, pilih Hantar SMS Sekarang untuk pengesahan nombor telefon bimbit.
- Anda akan diarahkan untuk menghantar mesej SMS yang telah diagihkan secara automatik. Klik Hantar untuk berjaya menghantar mesej.
- Setelah mesej dihantar dan nombor telefon bimbit disahkan dengan berjaya, Anda akan terima SMS dua hala.
- Kemudian, Anda akan terima SMS yang berasingan dengan kod pengesahan 6 digit.
- Kembali ke aplikasi Mobile AllianceOnline, masukkan kod 6 digit yang diterima untuk meneruskan.
- Untuk menyelesaikan pendaftaran, kunjungi cawangan ABMB terdekat dengan mesin ATM dalam masa 3 hari dan klik Lakukan Pertanyaan Baki. Untuk pemegang Kad Kredit, Anda boleh langkau langkah ini.
- Lakukan pertanyaan baki dengan memasukkan kad ATM/Debit fizikal Anda ke dalam mesin ATM dan selesaikan pertanyaan baki. Jika masa tamat, Anda boleh klik Cuba Lagi. Untuk pemegang Kad Kredit, Anda boleh langkau langkah ini.
- Anda telah berjaya mendaftar dan mengaktifkan AllianceOnline Mobile dengan had urus harian Anda yang ditunjukkan. Klik Log Masuk Sekarang untuk mula.
Activate Allianceonline Mobile Sedia Ada
Untuk pengguna sedia ada, sila ikuti langkah berikut:
- Bagi pengguna AllianceOnline sedia ada, pasang aplikasi Mobile Banking AllianceOnline pada peranti Anda untuk mendaftar akses mudah alih.
- Buka aplikasi Mobile AllianceOnline dan pilih opsyen Log Masuk/Aktifkan.
- Masukkan nombor MyKad atau Pasport Anda dan log masuk dengan nama pengguna dan kata laluan AllianceOnline sedia ada.
- Pilih dan tetapkan akaun harian pilihan Anda, kemudian klik Sahkan.
- Atur pengesahan sidik jari dengan memilih Bukan Sekarang atau Aktifkan untuk meneruskan.
- Atur token keselamatan dengan mengesahkan 4 digit terakhir nombor telefon bimbit Anda. Kemudian, pilih Hantar SMS Sekarang untuk pengesahan nombor telefon bimbit.
- Anda akan diarahkan untuk menghantar mesej SMS yang telah diagihkan secara automatik. Klik Hantar untuk berjaya menghantar mesej.
- Setelah mesej dihantar dan nombor telefon bimbit disahkan dengan berjaya, Anda akan terima SMS dua hala.
- Kemudian, Anda akan terima SMS yang berasingan dengan kod pengesahan 6 digit.
- Kembali ke aplikasi Mobile AllianceOnline, masukkan kod 6 digit yang diterima untuk meneruskan.
- Anda telah berjaya mengaktifkan AllianceOnline Mobile dengan had urus harian Anda yang ditunjukkan. Klik Log Masuk Sekarang untuk mula.
Sekiranya Anda mendapat masalah, Anda boleh hubungi customer service Alliance bank melalui nombor telefon, email dan pergi ke cawangan bank terdekat.
- Telefon : 03-5516 9988
- Email : info@alliancefg.com
Itulah tutorial cara daftar Alliance bank online banking. Dengan memiliki akaun internet banking, Anda boleh dengan bebas membuat pelbagai macam transaksi melalui handphone Anda.