Aktifkan Semula Allianceonline
Aktifkan Semula Allianceonline

Cara Aktifkan Semula Allianceonline Reactivate Access

Posted on

Anda pernah tak alami masalah nak log masuk ke akaun Allianceonline Anda? Atau mungkin pernah lupa password dan tak tahu macam mana nak dapatkan semula akses Anda?

Ada beberapa sebab mengapa akses Anda boleh terminate, atau diberhentikan, dan tak boleh log masuk Allianceonline.

Antara sebab-sebab tersebut adalah kerana Anda mungkin telah memasukkan maklumat akses yang salah berkali-kali.

Contohnya, kalau Anda terlupa password dan cuba-cuba masukkan password yang salah beberapa kali berturut-turut, akaun Anda boleh disekat.

Atau, Anda dah lama tak log masuk Allianceonline, contoh 6 bulan tak log masuk.

Selain itu, pihak bank juga boleh memutuskan untuk memberhentikan akses Anda ke Allianceonline jika mereka mendapati aktiviti atau transaksi Anda mencurigakan atau tidak selamat.

Ini dilakukan untuk melindungi akaun Anda dan mengelakkan sebarang penipuan atau kecurian.

Jika Anda mengalami masalah seperti ini jangan risau, sebab kali ni kami nak kongsikan dengan Anda cara nak aktifkan semula akses allianceonline Anda.

Aktifkan Semula Allianceonline
Aktifkan Semula Allianceonline

Aktifkan Semula Akses Allianceonline

Pertama sekali, Anda perlu tahu yang ada beberapa cara untuk mengaktifkan semula akaun allianceonline Anda.

Antaranya adalah menggunakan kad ATM/debit, kad kredit, atau ID sementara.

Reactivate allianceonline Access

1. Reactivate Allianceonline Guna ATM/Debit

Jika Anda memilih untuk menggunakan kad ATM/debit, sila ikuti step berikut:

  1. Pertama-tama Anda kena pastikan bahawa kad Anda tu masih aktif dan ada dalam keadaan yang baik.
  2. Kemudian, Anda boleh buka laman https://www.allianceonline.com.my
  3. Lepas tu pilih Reactivate allianceonline Access di menu utama.
  4. Kemudian, Anda perlu pilih Reactivate your allianceonline access using ATM/Debit Card.
  5. Masukkan nombor kad dan PIN Anda. Klik Submit.
  6. Lepas tu ikuti sahaja arahan yang diberikan untuk mengaktifkan semula akaun Anda.

2. Reactivate Allianceonline Guna Credit Cards

Bagi Anda yang lebih suka menggunakan kad kredit untuk aktifkan semula acc Allianceonline, Anda boleh ikuti step berikut:

  1. Pastikan bahawa kad kredit Anda tu masih aktif.
  2. Lepas tu, Anda taip https://www.allianceonline.com.my di search bar Google Chrome/Edge/Mozilla Firefox.
  3. Klik pautan Reactivate allianceonline Access.
  4. Sila pilih Reactivate your allianceonline access using Credit Cards.
  5. Masukkan nombor kad kredit, Credit Limit (RM), Nombor IC/Passport/Military. Klik Submit
  6. Ikuti arahan seterusnya untuk mengaktifkan semula akaun Anda.

3. Reactivate Allianceonline Guna Temporary ID (ID Sementara)

Di bawah ni adalah langkah-langkah untuk aktifkan semua akses Allianceonline Anda menggunakan Temporary ID.

  1. Sila dapatkan Temporary ID di cawangan Alliance Bank yang berdekatan.
  2. Seterusnya taipkan alamat berikut https://www.allianceonline.com.my di search bar Google Chrome/Edge/Mozilla Firefox.
  3. Klik link Reactivate allianceonline Access.
  4. Disini Anda kena pilih Reactivate your allianceonline access using Temporary ID.
  5. Masukkan nombor Temporary ID dan Nombor IC/Passport/Military. Klik Submit
  6. Di paparan ni Anda kena ikuti arahan seterusnya untuk aktifkan semula Allianceonline Anda.

Bagi Anda yang baru sahaja mula menggunakan perkhidmatan allianceonline atau berjaya aktifkan semula Allianceonline Anda, pastikan Anda simpan maklumat akses tu dengan baik dan selamat.

Kalau-kalau nanti Anda terlupa password atau maklumat akses Anda, Anda masih boleh gunakan salah satu daripada cara yang kami kongsikan tadi untuk mengaktifkan semula akaun Anda.

Secara kesimpulannya, mengaktifkan semula akaun allianceonline Anda tu sebenarnya sangat mudah dan tidak perlu risau sangat. Kalau nak update no HP Alliance Bank, Anda boleh ikuti step dalam artikel cara tukar no telefon Alliance Bank.

Ok lah, sekian sahaja artikel kami kali ni. Semoga Anda faham dan terus gunakan perkhidmatan online ni dengan bijak dan selamat.