Cara Aktifkan Kad Kredit Affin Bank
Cara Aktifkan Kad Kredit Affin Bank

Cara Aktifkan Kad Kredit Affin Bank Online, SMS dan IVR

Posted on

Bila kad kredit Affin Bank tak aktif, Anda tak boleh buat pembelian, tak boleh guna untuk kecemasan, dan lebih teruk lagi, kalau terlupa nak aktifkan lama-lama, kad boleh kena block.

Nak elakkan semua masalah ni, Anda kena tahu cara yang betul untuk aktifkan kad kredit tu.

Ramai orang yang tak tahu, Affin Bank ada sediakan beberapa cara yang mudah dan cepat untuk aktifkan kad kredit. Jadi, tak ada alasan lagi untuk kad Anda tak aktif.

Pengaktifan Kad Kredit Affin Bank

Kami akan kongsi tiga cara mudah untuk aktifkan kad kredit Affin Bank.

Anda boleh pilih untuk guna panggilan telefon, SMS, atau online. Setiap cara ni ada langkah-langkah yang senang nak ikut, dan kami akan terangkan satu persatu dengan jelas.

1. Pengaktifan Melalui Panggilan Telefon (IVR)

Cara paling senang dan terus adalah guna Pusat Panggilan IVR. Ikut langkah-langkah ni:

  1. Call Pusat Panggilan IVR di 03-8230 2222.
  2. Ikut je arahan dari sistem IVR untuk aktifkan kad Anda.
  3. Lepas tu, Anda akan terima SMS pengesahan yang kad dah aktif.

2. Pengaktifan Melalui SMS

Kalau Anda nak guna SMS pun boleh, tapi ada syarat-syarat sikit. Ikut langkah ni:

  • Hantar SMS ke 66600 dengan format: AACT<ruang>Nombor IC<ruang>4-digit terakhir nombor kad kredit (Contoh: AACT 930101141097 3456).
  • Anda akan terima SMS pengesahan kad kredit.

Nota Penting:

  • Pengaktifan SMS ni tak boleh untuk bukan warganegara Malaysia dan kad kredit korporat.
  • Pastikan nombor telefon yang Anda guna tu dah daftar dengan Affin Bank.
  • Servis ni hanya untuk pengguna Celcom, DiGi, Maxis, P1, U Mobile, Webe, dan XOX je.
  • Ada caj perkhidmatan untuk setiap SMS yang dihantar.

3. Pengaktifan Online

Kalau Anda lebih suka buat secara online, boleh ikut langkah-langkah ni:

  1. Log masuk ke perbankan internet Affin Bank di rib.affinalways.com.
  2. Pilih TETAPAN > Penyelenggaraan Kad > Kad Kredit.
  3. Pilih kad kredit yang Anda nak aktifkan dan minta TAC.
  4. Masukkan TAC dan pilih Sahkan untuk teruskan.
  5. Anda akan terima SMS pengesahan yang kad dah aktif.

Menukar PIN Sementara

Lepas kad kredit dah berjaya diaktifkan, Affin Bank akan hantar PIN sementara ke nombor telefon yang didaftarkan.

PIN sementara ni akan tamat lepas tiga puluh (30) hari. Jadi, penting untuk Anda tukar PIN sementara tu kepada PIN 6 digit baru secepat mungkin.

Ada dua cara untuk tukar PIN:

Melalui ATM Affin Bank

Sila gunakan langkah berikut:

  1. Pergi ke mana-mana ATM Affin Bank atau Affin Islamic Bank.
  2. Masukkan kad kredit Anda.
  3. Masukkan PIN sementara.
  4. Pilih pilihan Tukar PIN.
  5. Masukkan PIN baru.
  6. Masukkan semula PIN baru untuk sahkan.
  7. Penukaran PIN berjaya.

Melalui Panggilan Pusat (IVR)

Anda boleh aktifkan card credit Affin Bank melalui pusat panggilan:

  1. Call Pusat Panggilan IVR di 03-8230 2222.
  2. Ikut arahan dari sistem IVR untuk tukar PIN.

Senang je nak aktifkan kad kredit Affin Bank ni. Anda boleh pilih guna panggilan telefon (IVR), SMS, atau online. Setiap cara ada langkah-langkah yang jelas dan senang nak ikut.

Pastikan Anda tukar PIN sementara tu kepada PIN baru secepat mungkin untuk keselamatan kad Anda.