Cara Aktifkan Kad Debit Alliance Bank Secara Online

Posted on

Anda tahu tak apa tu Kad Debit Alliance? Kalau tak tahu, jangan risau, kami akan terangkan dengan cara yang senang dan santai.

Kad Debit Alliance adalah kad debit yang boleh digunakan untuk membuat transaksi di mana-mana tempat yang menerima kad debit.

Kad ini sangat berguna untuk kita belanja dalam talian atau di kedai-kedai yang tidak menerima duit cash/tunai.

So kita tak perlu risau nak bawak banyak-banyak duit cash ke mana-mana. Cukup dengan bawa kad debit je, dah boleh settle semua bayaran kita.

Cara Aktifkan Kad Debit Alliance Bank
Cara Aktifkan Kad Debit Alliance Bank

Cara Aktifkan Kad ATM/Debit Alliance Bank Secara Online

Tapi, sebelum boleh menggunakan kad debit Alliance Bank ni, Anda perlu aktifkan dahulu kad ni.

Kami dah sediakan beberapa cara yang boleh Anda ikuti untuk Anda activate Debit/ATM Card:

1. Pengaktifan Kad Debit/ATM Melalui AllianceOnline Mobile

Anda pernah terfikir tak betapa senangnya hidup sekarang ni dengan teknologi yang semakin maju? Salah satunya ialah dengan kemudahan perbankan dalam genggaman kita melalui AllianceOnline Mobile.

Sebagai aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun secara percuma di Google PlayStore atau AppStore, ia membolehkan kita menguruskan akaun bank dari mana-mana sahaja, pada bila-bila masa yang kita mahu. Nak aktifkan kad debit pun boleh melalui aplikasi ni.

Tapi sebelum tu, Anda perlu mempunyai acc AllianceOnline terlebih dahulu. Untuk register, Anda boleh follow panduan yang ni allianceonline registration.

Sila ikuti langkah-langkah di bawah ni ye untuk pengaktifan akau secara online.

  1. Pertama sekali sila log masuk AllinceOnline.
  2. Lepas tu klik Accounts, seterusnya pilih Activate Debit Card. Cara Aktifkan Kad Debit Alliance Bank Secara Online
  3. Masukkan 16 digit nombor kad debit/ATM pada ruangan yang disediakan. Pengaktifan Kad Debit Alliance Bank
  4. Lepas tu, Anda kena ambil foto/video selfie untuk pengesahan. Activate Debit ATM Card Alliance Bank
  5. Masukkan 6 digit PIN untuk kad debit.
  6. Sekiranya kad debit telah berjaya di aktifkan, Anda perlu setkan limit untuk kad debit Anda.
  7. Seterusnya Anda perlu ambil foto/video selfie untuk pengesahan sekali lagi.
  8. Selesai.

2. Activate Debit/ATM Card Melalui Website AllianceOnline

Selain menggunakan AllianceOnline mobile, Anda juga boleh gunakan laman website Alliance Bank.

Laman web Alliance Bank boleh diakses melalui komputer atau telefon pintar. Dengan menggunakan website ini, Anda boleh aktifkan kad debit/ATM.

Di bawah ni adalah langkah-langahnya:

  1. Sila klik pautan https://www.allianceonline.com.my
  2. Lepas tu klik pada bahagian Activate Debit Card.
  3. Pilih Activate Debit/ATM Card. Aktifkan Kad ATM Alliance Bank
  4. Pilih jenis kad pengenalan/IC, kemudian masukkan nombor kad pengenalan. Klik Activate Debit Card.
  5. Selesai.

Sekarang ni, memang senang betul nak aktifkan kad debit Alliance Bank. Tak payah lagi nak beratur panjang-panjang kat kaunter, semua boleh buat secara online je.

Cara paling senang ialah dengan masuk ke dalam akaun online banking Anda. Lepas tu, klik sikit-sikit je, isi sikit-sikit maklumat dan confirm. Dah siap!

Tunggu je la dalam 1 minit, kad debit Anda dah boleh digunakan dengan selamat. So, Anda tak payah risau lagi dah kalau takde masa nak pergi ke bank untuk aktifkan kad debit. Cepat-cepat lah aktifkan kad debit Anda sekarang juga.