Cara Guna Affin Online Transfer Duit Melalui DuitNow IBG

Posted on

Berurusan dengan transaksi perbankan ni kadang-kadang boleh jadi pening kepala, terutama kalau Anda tak biasa guna teknologi. Ramai pelanggan kita rasa susah bila nak buat pemindahan duit secara online guna Affin online (AffinAlways).

Benda ni bukan je boleh buat Anda stress, tapi juga ada risiko buat silap yang boleh menyebabkan duit hilang atau bayaran lambat sampai. Masalah ni biasanya timbul sebab kurang faham cara-cara nak buat, dan kadang-kadang juga sebab antaramuka sistem yang nampak rumit bagi sesetengah orang.

Kami nak tunjuk cara guna Affin online transfer yang lebih mudah dan mesra pengguna. Dalam panduan ni, kami akan terangkan langkah-langkah yang Anda perlu ikut, dari log masuk ke akaun sampai lah duit berjaya dipindahkan ke akaun penerima.

Affin Online Transfer

Anda boleh melakukan pindahan wang melalui Affin online transfer kepada akaun sendiri atau akaun pihak ketiga dalam AFFINBANK / AFFIN ISLAMIC, serta akaun bank lain melalui dua kaedah berikut:

  • Interbank GIRO (IBG): Caj perkhidmatan sebanyak RM0.10 setiap urusan.
  • DuitNow: Tiada caj perkhidmatan untuk setiap urusan.

Ini bermakna Anda mempunyai fleksibiliti untuk memindahkan wang ke dalam pelbagai akaun, termasuk akaun bank lain tanpa sebarang caj tambahan.

Own Account Transfer

Own Account Transfer bermaksud pindahan wang yang dibuat untuk memindahkan wang dari akaun bank Anda sendiri ke akaun bank Anda yang lain. Ia adalah sejenis urusan perbankan yang membolehkan Anda hantarkan duit antara akaun Anda dalam bank yang sama.

Contohnya, kalau Anda mempunyai dua akaun dalam Affin Bank, satu akaun simpanan dan satu akaun semasa, Anda boleh menggunakan Transfer – Own Account Transfer untuk memindahkan sejumlah wang dari akaun simpanan ke akaun semasa atau sebaliknya.

Ia adalah cara yang mudah dan berguna untuk menguruskan wang Anda, terutamanya jika Anda ingin memisahkan wang untuk tujuan yang berbeza, seperti simpanan jangka masa panjang atau bayaran bil-bil bulanan.

Langkah-Langkah One Time Own Account Transfer

Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan One Time Own Account Transfer di Affin Bank:

  1. Log masuk AffinAlways.
  2. Klik pada Transfer dan pilih Fund Transfer.
  3. Pilih Transfer Within Affin.
  4. Pilih akaun Simpanan atau Semasa pilihan Anda dalam senarai From Account.
  5. Pilih akaun Simpanan atau Semasa destinasi dalam senarai Transfer To. Affin Online Transfer Own Account
  6. Tarikh lalai adalah tarikh hari ini. Pilih Tarikh Bayaran jika Anda mahu pindahan dilakukan pada masa hadapan.
  7. Masukkan bilangan pindaan wang yang diinginkan atau teruskan sehingga tarikh masa hadapan atau notis selanjutnya (jika Anda pilih Frekuensi pindahan seperti Setiap Bulan, Setiap Suku Tahun atau Setiap Tahun).
  8. Masukkan Jumlah (RM) dan Rujukan Penerima.
  9. Taip Ulasan (Pilihan – Anda boleh taip ulasan untuk rujukan peribadi).
  10. Klik pada Continue. Affin Online Transfer Duit
  11. Semak butiran yang dimasukkan dan klik pada Sahkan.
  12. Selesai.

Had pindahan untuk pindahan wang antara akaun sendiri (Own Account Transfer) dalam Affinbank adalah tanpa had (unlimited).

3rd Party Account Transfer

3rd Party Account Transfer adalah satu cara untuk pindahkan duit dari akaun Anda ke akaun bank milik individu lain.

Jadi, ia berguna jika Anda perlu bayar seseorang atau terima duit daripada mereka.

1. Perbezaan Open 3rd Party or Inter-Bank Account Transfer dan Registered 3rd Party or Inter-Bank Account Transfer

Perbezaan antara Open 3rd Party or Inter-Bank Account Transfer dan Registered 3rd Party or Inter-Bank Account Transfer adalah seperti berikut:

Open 3rd Party or Inter-Bank Account Transfer:

  • Anda boleh buat pindahan wang ke mana-mana akaun sah tanpa perlu mendaftarkan butiran akaun terlebih dahulu.
  • Biasanya digunakan untuk pindahan satu kali sahaja.

Registered 3rd Party or Inter-Bank Account Transfer:

  • Anda perlu daftarkan butiran akaun secara dalam talian di bawah Manage Transfer sebelum pindahan wang boleh dilakukan.
  • Ini membuatkan pindahan wang berkala menjadi lebih mudah kerana Anda tak perlu lagi mengisi butiran akaun penerima setiap kali Anda buat pindahan.

2. Cara Mendaftar Akaun 3rd Party

Untuk mendaftarkan akaun 3rd Party, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk AffinAlways.
  2. Klik pada Transfer dari Menu Utama dan pilih Manage Transfer dari submenu.
  3. Klik pada butang Tambah Pindahan Terdaftar dan pilih Pindahan 3rd Party.
  4. Masukkan Nombor Akaun Penerima.
  5. Masukkan Nama Pilihan.
  6. Masukkan Alamat E-mel.
  7. Klik pada Teruskan.
  8. Semak butiran yang dimasukkan dan klik pada Minta TAC untuk meminta TAC.
  9. Masukkan nombor 6-digit TAC dan klik pada Sahkan.
  10. Selesai.

3. Cara Buat Open 3rd Party Account Transfer

Untuk melaksanakan Open 3rd Party Account Transfer, ikuti langkah-langkah ini:

  1. Pertama sekali, login AffinAlways.
  2. Klik pada Transfers pilih Transfers dari submenu.
  3. Pilih Open 3rd Party Account Transfer.
  4. Pilih pilihan Token Keselamatan, seperti SMS Token, dan klik pada Sahkan.
  5. Pilih akaun Simpanan atau Semasa dalam senarai Dari Akaun.
  6. Masukkan Nombor Akaun 3rd Party.
  7. Masukkan Nama Pilihan (Pilihan – Anda boleh taip nama gelaran akaun 3rd Party untuk rujukan peribadi).
  8. Masukkan Alamat E-mel (Pilihan – Anda boleh taip alamat e-mel akaun 3rd Party untuk menerima notifikasi jika pindahan berjaya).
  9. Masukkan Jumlah (RM).
  10. Taip Memo (Pilihan – Anda boleh taip sebarang catatan untuk rujukan peribadi).
  11. Masukkan Tarikh Bayaran jika Anda mahu pindahan dilakukan pada masa hadapan. Tarikh lalai adalah hari ini.
  12. Klik pada Seterusnya.
  13. Semak butiran yang dimasukkan dan klik pada pautan Request TAC untuk meminta TAC.
  14. Masukkan nombor TAC 6-digit dan klik pada Sahkan.
  15. Selesai.

4. Had Maksimum untuk 3rd Party Account Transfer

Had lalai untuk 3rd Party Account Transfers adalah RM5,000 sehari dan had maksimum adalah RM50,000.

Walaubagaimanapun, Anda boleh menetapkan had transaksi harian Anda sendiri antara RM1,000 hingga had maksimum RM50,000 dalam perkhidmatan Pembatasan Perbankan Dalam Talian di AffinOnline.

Untuk individu bukan penduduk Malaysia, Anda boleh melakukan transaksi dalam beberapa urutan sehingga mencapai had maksimum harian dengan jumlah maksimum bagi setiap urusan RM10,000.

5. Masa Untuk Transaksi

Pindahan wang melalui Transfer – 3rd Party Account Transfer boleh menjadi segera dan wang akan menjadi tersedia sebaik pindahan itu berjaya dilaksanakan.

Inter-Bank Account Transfer (IBG)

Inter-Bank Account Transfer adalah sejenis pindahan dana yang membolehkan Anda menghantar wang dari akaun bank Affin Bank Anda ke akaun bank di bank lain.

Ini berguna jika Anda perlu membayar seseorang yang mempunyai akaun di bank yang berbeza contoh Maybank.

Cara Daftar Interbank Account

Akaun Interbank perlu didaftarkan terlebih dahulu sebelum Anda boleh melakukan Registered Interbank Account Transfer.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftarkan akaun Interbank:

  1. Pertama sekali sila log masuk perbankan internet Affin Always.
  2. Klik pada Transfer, lepas tu klik Manage Transfer.
  3. Klik pada Tambah Pindahan Terdaftar dan pilih Pindahan Interbank.
  4. Pilih Bank Penerima dari senarai ke bawah.
  5. Masukkan Nombor Akaun Penerima dan Nama Penerima.
  6. Pilih Status Tempat Kediaman Penerima.
  7. Masukkan Jenis ID Penerima / Nombor ID (Pilihan – Anda boleh masukkan nombor IC penerima untuk rujukan peribadi Anda).
  8. Taip Alamat E-mel Penerima (Optional).
  9. Klik pada Teruskan.
  10. Semak butiran yang dimasukkan dan kemudian klik pada Request TAC untuk meminta TAC.
  11. Masukkan nombor TAC 6-digit dan klik pada Confirm.
  12. Selesai.

Untuk langkah cara transfer guna IBG transfer Affin Bank Anda boleh follow pautan tu ye.

Had Maksimum Interbank Account Transfer

Had lalai untuk Interbank Account Transfer adalah RM5,000 sehari dan had maksimum adalah RM50,000 sehari.

Walaubagaimanapun, Anda boleh menetapkan had transaksi harian Anda sendiri antara RM1,000 hingga had maksimum RM50,000 melalui perkhidmatan Had Perbankan Dalam Talian di AffinAlways. Caranya adalah dengan pergi ke

  1. Klik Perkhidmatan/Services
  2. Pilih Had Perbankan Dalam Talian (Online Banking Limit)
  3. Pilih Pindahan ke Bank Lain (Transfer To Other Bank) dan masukkan Had Baru melalui AffinAlways.

Untuk individu bukan penduduk Malaysia, Anda boleh melakukan transaksi dalam beberapa urutan sehingga mencapai had maksimum harian dengan jumlah maksimum bagi setiap urusan sebanyak RM10,000.

DuitNow

DuitNow tu adalah satu perkhidmatan pindahan dana elektronik yang dikendalikan oleh PayNet yang membolehkan pelanggan untuk memindahkan wang ke DuitNow Proxy ID atau akaun DuitNow penerima. Anda boleh mendaftar dan menggunakan perkhidmatan DuitNow menerusi AffinOnline.

Berikut adalah beberapa jenis ID yang boleh digunakan untuk pendaftaran DuitNow:

  • Nombor Telefon Bimbit
  • NRIC (Nombor Kad Pengenalan)
  • Nombor Tentera atau Polis
  • Nombor Pasport
  • Nombor Pendaftaran Perniagaan

Perbezaan antara DuitNow dan Instant Transfer (eIBFT)

DuitNow merupakan satu peningkatan baru ke atas perkhidmatan pemindahan segera (eIBFT) yang biasanya terdapat dalam kemudahan pindahan dalam talian bank yang menyertai, yang membenarkan pengguna untuk memindahkan wang dengan serta-merta tidak hanya menggunakan nombor akaun mereka, tetapi juga nombor telefon bimbit, nombor kad pengenalan (NRIC), atau nombor pasport.

Perkhidmatan eIBFT yang sebelum ini terdapat dalam AffinAlways kini telah digantikan dengan DuitNow.

Cara Daftar ID DuitNow

Untuk mendaftarkan ID DuitNow, Anda boleh ikut langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk AffinAlways.
  2. Lepas tu pilih DuitNow Registration dari menu atau tab yang disediakan.
  3. Pilih jenis DuitNow ID daripada senarai yang disediakan.
  4. Pilih akaun penerima daripada senarai akaun yang telah ada.
  5. Tandakan pada Agreed Terms and Conditions untuk bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  6. Request TAC (Kod Akses Transaksi) untuk kelulusan pendaftaran ID.
  7. Selesai.

Cara Transfer Guna DuitNow

Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan pindahan dana menggunakan DuitNow AffinAlways:

Langkah-Langkah untuk Pindahan Duit:

Pay to Account (Pindah ke Akaun):

  1. Pilih Transfer dari menu utama.
  2. Pilih Pindahan Dana > DuitNow > Pay to Account. Cara Transfer Guna DuitNow
  3. Untuk Pindahan Terbuka (Open Transfer): Masukkan Nombor Akaun Penerima dan butiran akaun.
  4. Untuk Pindahan Terdaftar (Registered Transfer)
  5. Pilih Penerima yang telah didaftarkan sebelum ini.
  6. Masukkan Jumlah (RM) yang hendak dipindahkan.
  7. Taip Rujukan Penerima – Maksimum 140 aksara (Huruf, nombor atau simbol).
  8. Taip butiran Pembayaran Lain dan Ulasan masing-masing (Pilihan – Anda boleh taip sebarang catatan untuk rujukan peribadi).
  9. Request TAC untuk kelulusan transaksi. Affin Online Transfer DuitNow
  10. Selesai.

Pay to Proxy (ID) (Pindah ke ID Proxy):

  1. Pilih Transfer dari menu utama.
  2. Pilih Pindahan Dana > DuitNow > Pay to Proxy.
  3. Untuk Pindahan Terbuka (Open Transfer): Masukkan DuitNow ID Penerima dan butiran ID.
  4. Untuk Pindahan Terdaftar (Registered Transfer): Pilih Penerima yang telah didaftarkan sebelum ini.
  5. Masukkan Jumlah (RM) yang hendak dipindahkan.
  6. Taip Rujukan Penerima – Maksimum 140 aksara (Huruf, nombor atau simbol).
  7. Taip butiran Pembayaran Lain dan Ulasan masing-masing (Pilihan – Anda boleh taip sebarang catatan untuk rujukan peribadi).
  8. Minta TAC untuk kelulusan transaksi.
  9. Selesai.

Langkah-Langkah Untuk Menerima Duit:

  • Maklumkan kepada pengirim mengenai ID Proxy DuitNow yang telah didaftarkan oleh Anda.
  • Anda akan menerima pemberitahuan SMS apabila transaksi berjaya. Anda juga boleh menyemak sejarah transaksi Anda melalui AffinAlways untuk mendapatkan butiran lanjut.

Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, Anda akan dapat dengan mudah menghantar atau menerima wang menggunakan perkhidmatan DuitNow AffinAlways.

Jadual Pindahan

Anda boleh menjadualkan pindahan wang pada masa hadapan atau secara berulang-ulang.

Bagi yang ingin menjadualkan pindahan wang, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik pada Transfer dalam menu utama dan pilih Manage Transfer.
  2. Pilih Transfer Schedule.
  3. Setkan Pindahan yang dijadualkan yang ingin Anda edit atau batalkan.
  4. Klik Edit atau Delete.

Ini membolehkan Anda menguruskan dengan lebih baik urusan perbankan Anda, mengikut jadual yang sesuai dengan keperluan Anda.

Anda juga boleh daftarkan sehingga 50 penerima sebagai Pindahan Terdaftar. Ini bermaksud Anda boleh menjimatkan masa dengan menyimpan butiran penerima yang sering Anda hantar wang  kepada mereka.

Untuk memastikan bahawa pindahan wang Anda berjaya, lihat status urusan tersebut. Jika status menunjukkan berjaya, maka wang telah berjaya dipindahkan kepada penerima yang ditetapkan.